Profil Pengarah

WAN SAIFUL HAFEZ BIN AMRAN
Pemegang saham utama Hampar Jaya Enterprise yang telah berkecimpung di dalam bidang perniagaan sejak tahun 2006 dan mempunyai pengetahuan luas di dalam urusan Pentadbiran, Pengurusan Projek, Kewangan dan Pemasaran. Pernah menguruskan syarikat kontraktor landskap selama 2 tahun dan juga mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang IT selama 4 tahun. Beliau mempunyai Ijazah Perakaunan (hons) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan mempunyai pengkhususan di dalam bidang pengurusan kos.
 
Menyertai syarikat pada 27hb Spetember 2012, telah mendaftarkan diri sebagai kontraktor dengan CIDB, juga merupakan Ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia setelah mengambil alih daripada En Sallih bin Osman yang mempunyai masalah kesihatan. Perlantikkan beliau di atas kepercayaan En Sallih  bin Osman terhadap komitment dan keupayaan beliau dalam menjalankan perniagaan.

SALLIH BIN OSMAN
Seorang lagi pemegang saham yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang pengurusan projek kontrak. Beliau adalah persara dari Jabatan Kerja Raya dan merupakan pengasas syarikat Hampar Jaya Enterprise yang ditubuhkan pada 11hb April 2002.
 
Mempunyai pengalaman luas di dalam bidang pembinaan serta ISO dalam menjalankan tugas kontraktor, beliau merupakan mentor kepada pengarah syarikat yang lain. Beliau juga merupakan antara kontraktor yang terkenal di JKR Pekan, serta agensi-agensi lain seperti JBA dan SPAN di daerah Pekan, Pahang.
 
Hampar Jaya Enterprise mempunyai rekod baik dalam melaksanakan tugas sebelum ini di atas dedikasi beliau dan kefahaman beliau dalam menjalankan kerja yang dipertanggungjawabkan. Beliau juga telah banyak mengikuti kursus yang di jalankan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan juga CIDB dan atas dasar keinginan untuk terus belajar, Hampar Jaya Enterprise mempunyai pelbagai kepala pengkhususan  di dalam bidang binaan, mekanikal dan elektrikal.

No comments:

Post a Comment